Berkumpul kerana mengasihiMu...
Bertemu untuk mematuhi perintahMu...
Bersatu memikul beban dakwahMU...
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU...
Maka eratkanlah ikatannya....
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar,
Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
Dan keyakinan serta keindahan tawakal kepadaMU...
Suburkan hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
Jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU..Amiin....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar