Peringatan Buat Saudariku... (terkhusus diri saya pribadi)
Saudariku...
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasaitaman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga.. Harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu.
Namun... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang.,
Lantaran duri yang memagari dirinya.
Seperti MAWAR...
Dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilau an warnanya
yang memancar indah mengundang kekaguman
terhadap sang kumbang...
Tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumba ng
berfikir beberapa kali untuk mendekatinya...
Saudariku... Ku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi se tiap mujahidah.
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu
yang bertunjangkan rasa keimanan
dan keindahan taqwa kepada Allah...
Ingatlah bahawa ciri-ciri s eorang wanita solehah ialah
ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yang terbuka...
Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum
dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup,
sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi
daripada yang dipamerkan,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah
harapan setiap insan yang bernama Adam..
"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fiOleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah bercermin kepada Al-Quran dan As-Sunnah, Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncang dunia dengan sentuhan lembut tangan mu...
tnah yang berpunca daripada wanita"
Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi..
Itulah fitrah setiap insani.
Namun banyak di antara kita yang kalah kerana cinta.
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah,.
Kerana cinta manusia bisa menjual agama
Dan kerana cinta maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebagian besar kerana cinta..
Benarlah sabda Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membedakan perkara yang hak dan yang batil
apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak
kerana Allah S.W.T.
Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu,
Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik,
Yang berasal daripada setitis air yang tak berharga
lalu mengalami proses pembentukan yang
direncanakan oleh Allah...
Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan
dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta
dan kasih pada Penciptamu...
Saudariku...
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk
adalah cinta yang hakiki dan abadi
Kerena hati yang pecah dan retak
Apabila diberikan kepada makhluk pastinya
akan bertambah retak dan terburai
Tapi apabila hatimu diserah kepada Allah
Sudah pasti ia akan bertaut kembali...
Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu
yang mampu mempertajamkan akal
dan mampu membina syakhsiah muslimahmu..
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii
Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan kerana ia tidak kekal , Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa, Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri."
Wallahu'alam...
1 komentar:
Posting Komentar