myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts
bismillah
hijab

Sampaikan Walau Satu Ayat

DIPERSILAHKAN JIKA INGIN MENGCOPY DAN MENYEBARLUASKAN ARTIKEL PADA BLOG INI.

CINTA KITA CINTA ILAHI...UKHUWAH KITA UKHUWAH FILLAH..

ANDAI PERJUANGAN INI MUDAH, PASTI RAMAI MENYERTAINYA...
ANDAI PERJUANGAN INI SINGKAT. PASTI RAMAI YANG ISTIQAMAH...
ANDAI PERJUANGAN INI MENJANJIKAN KESENANGAN DUNIA, PASTI RAMAI TERTARIK PADANYA...
TETAPI HAKIKAT PERJUANGAN BUKAN BEGITU...
TURUN NAIKNYA..SAKIT PEDIHNYA...
UMPAMA KEMANISAN YANG TAK TERHINGGA...
ANDAI REBAH BANKITLAH SEMULA..
ANDAI TERLUKA INGATLAH JANJINYA
INGATLAH WAHAI SERIKANDI ISLAM.....

Selasa, 30 November 2010

Muslimah Islam..
Beginilah jalanmu..
Tundukkanlah pandanganmu..
Keraskanlah suaramu..
Seriuskanlah perwatakanmu..
Tampilkan ketegasanmu..
Bila engkau di depan atau di belakang..
Atau di kiri atau di kanan lelaki..
Walau atas apa alasan sekalipun..
Ketuk keegoan mereka..
Bangkitkan mereka dari mimpi..
Jelaskan dengan amalmu..
Bahawa percampuran bukan caranya..
Bahawa keseronokan adalah palsu..
Bahawa di sini tiada kebahagiaan..
Hanya kehancuran..

Andaikan engkau belum berkahwin..
Ingatlah janji tuhan..
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..
Jangan menggadaikan maruahmu semata-mata..
Kerana seorang lelaki..
Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu..
Hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki..
Kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya..

Muslimin yang baik tidak melihat paras rupa..
Muslimin yang soleh tidak memilih wanita yang terdedah auratnya..
Muslimin yang warak tidak memilih wanita melalui keayuan dan kemanjaannya..
Serta kemampuan menggoncang iman mereka..
Tapi, muslimin yang baik menilai wanita melalui akhlaknya..

Tidak ada komentar: